Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Kenal pasti nelayan tak aktif

Dikirim oleh Warieh Selasa, 29 Januari 2013


Wartawan Sinar Harian
29 Januari 2013
Kenal pasti nelayan tak aktif
Baharin (kanan) memerhati Ab Khalid menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan.
PORT DICKSON – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Melaka dan Negeri Sembilan telah mengenal pasti nelayan yang didapati tidak aktif ke laut dan layak untuk ditangguhkan daripada menerima bantuan yang disalurkan kerajaan.

Pengarah LKIM Melaka dan Negeri Sembilan, Baharin Omar berkata, seramai 15 hingga 20 nelayan di seluruh negeri ini dikenal pasti tidak aktif ke laut.

“Siasatan ini adalah berdasarkan penelitian sendiri oleh penguatkuasa LKIM sama ada melalui pemantauan pengambilan minyak subsidi dan pendaratan ikan, hasil maklumat daripada pengusaha minyak dan maklumat orang ramai sebelum penguatkuasa LKIM melakukan siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian elaun bagi nelayan kawasan Port Dickson di Pejabat Daerah Port Dickson, baru-baru ini.

Elaun tersebut disampaikan Pegawai Daerah, Ab Khalid Mat.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri; Abu Bakar Dawam dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson; Kamaruzamal Adam.

Menurutnya, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi demi membela nasib para nelayan dan keistimewaan itu seharusnya digunakan dengan cara terbaik.

“Para nelayan seharusnya lebih proaktif turun ke laut menangkap ikan kerana pemberian ini bukan saja bagi meringankan kos sara hidup, malah sebagai insentif menggalakkan mereka turun ke laut,” jelasnya.

Dalam pada itu Baharin berkata, sepanjang tahun lalu, hampir RM1 juta telah dibelanjakan kerajaan bagi pembayaran elaun sara hidup kepada semua nelayan di negeri ini.

Baharin berkata, pemberian elaun itu yang disalurkan setiap bulan sebanyak RM200 kepada setiap nelayan termasuk tekong dan awak-awak membuktikan komitmen kerajaan serta LKIM dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat nelayan.

“Selain itu, kerajaan juga telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan lain seperti subsidi minyak, bantuan perumahan, skim bantuan bencana alam dan insentif pendaratan ikan,” katanya.

Katanya, pada tahun lalu kerajaan menanggung subsidi petrol sebanyak RM962,204 dan subsidi diesel sebanyak RM78,937 bagi nelayan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook