Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Proton Perdana rempuh van, kedai

Dikirim oleh Warieh Selasa, 29 Januari 2013


Wartawan Sinar Harian
28 Januari 2013
Proton Perdana rempuh van, kedai
Keadaan van yang dirempuh Proton Perdana di sebuah kedai di Jalan Chambell, semalam
SEREMBAN – Sebuah kereta Proton Perdana merempuh sebuah van dan kedai di Jalan Chambell, berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, kereta yang dipandu lelaki berusia 40-an itu dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas dan merempuh sebuah van yang diletakkan di hadapan kedai.

Akibat rempuhan itu, van terbabit bergerak lalu merempuh kedai.

Saksi yang juga peniaga kedai berhampiran yang enggan dikenali berkata, dia mendengar bunyi dentuman kuat daripada kedai sebelah menyebabkannya bergegas keluar untuk melihat punca bunyi berkenaan.

“Sejurus keluar kedai, saya melihat sebuah van merempuh pagar kedai, manakala Proton Perdana berada di bahagian belakang van.

“Kedua-dua kenderaan itu remuk di bahagian hadapan, manakala pagar besi kedai rosak teruk,” katanya.

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook