Ternyata, percaturan jurulatih B. Sathianathan menjadi, apabila melihat anak-anak buahnya berjaya mencari dan memanfaatkan peluang, sekali gus meranapkan impian T-Team untuk mencipta kemenangan di gelangang lawan.
Bagi ketua pasukannya, Rezal Zambery Yahya, kejayaan menewaskan T-Team, kelmarin bukan bermakna pasukan itu boleh dibuai kealpaan, sebaliknya mereka perlu menyajikan persembahan terbaik selepas ini.
Jelasnya, kemenangan itu juga memperlihatkan persefahaman antara pemain meningkat.
"Secara keseluruhannya saya melihat perlawanan semalam adalah baik dan kita memberikan komitmen tertinggi dalam menghadapi pelawat. Ternyata usaha yang dilakukan akhirnya mencipta kemenangan yang bermakna buat pasukan.
"Malah, perlawanan ini juga merupakan pengubat kekecewaan kami apabila tumpas di gelanggang sendiri kepada Lions XII di tempat sendiri tempoh hari," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Pada perlawanan kelmarin, ATM memecah kebuntuan selepas mencipta gol pendahuluan pada minit ke-47 menerusi sepakan percuma Rezal Zambery disambar oleh Shukor Adan untuk menanduk kemas bola menerjah ke gawang T-Team untuk gol pertama ATM.
Percaturan Sathianathan untuk terus memburu gol akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila tendangan jarak jauh lebih 30 meter Rezal Zambery berjaya menerjah masuk ke gawang T-Team sekali gus menambah derita anak buah Peter James Butler pada minit ke-65.
Marlon akhirnya berjaya menempatkan diri selaku senarai penjaring apabila berjaya menolak kemas bola hantaran Mohd. Fitri Omar pada minit ke-87 selepas dia berjaya memperdayakan pertahanan lawan untuk menyaksikan ATM menang bergaya sekali gus mengutip tiga mata berharga.
0 Komen