Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


N. Sembilan: Menang atau terus terima aib

Dikirim oleh Warieh Selasa, 22 Januari 2013


SEREMBAN - Beraksi untuk menang atau terus menerima aib.
Ingatan tegas itu dinyatakan oleh jurulatih skuad Rusa, Divaldo Alves yang mahu anak-anak buahnya menumbangkan pasukan tuan rumah, Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, malam ini.
Biarpun terhimpit dengan masalah kecederaan yang membelenggu beberapa pemain, namun Divaldo menegaskan, kejutan mampu dibuat sekalipun berdepan dengan ribuan penonton setia The Red Warriors di stadium keramat itu.
Jurulatih dari Portugal itu menaruh kepercayaan anak-anak buahnya mampu melakar kejayaan sekiranya mereka menunjukkan komitmen dan dapat melaksanakan strategi yang direncanakan sekali gus menamatkan kemarau kemenangan.
"Kita membuat persediaan untuk menghadapi Kelantan kerana kita tahu pasukan ini antara pasukan pilihan dan kita amat menghormati pasukan ini.
"Namun, kita perlu tahu dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita yakin kejutan mampu dilakukan. Apa yang pasti kita perlukan kemenangan untuk terus bersaing dalam Liga Super kali ini," katanya di sini, semalam.
Sekalipun meletakkan harapan yang tinggi untuk mencari kemenangan di gelanggang lawan, Negeri Sembilan sudah pasti terpaksa mengerah lebih tenaga ekoran ketiadaan beberapa pemain utama seperti Idris Karim, Ahmad Shakir Ali serta Mohd. Alafi Mahmud yang dibelenggu kecederaan.
Berbekalkan satu mata, skuad Hoben Jang Hoben kini menduduki tangga bawah.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook