JEMPOL 21 Jan. - Golongan belia yang masih belum mempunyai lesen motosikal kelas B2 disaran mendaftar dan mendapatkan manfaat daripada program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peluang tersebut seharusnya segera direbut kerana golongan belia akan mendapat lesen memandu dengan harga yang lebih rendah.
''Biasanya kalau mereka ambil lesen di pusat memandu, ia lebih mahal malah akan dikenakan caj untuk tenaga pengajar. Namun menerusi BL1M mereka hanya dikenakan bayaran serendah RM199 sahaja.
''Walaupun sebelum ini ada di kalangan mereka tidak pernah disaman walaupun tidak mempunyai lesen memandu, mereka harus sedar bahawa mereka tidak dilindungi sebarang insurans jika berlaku sesuatu kemalangan,'' jelasnya.
0 Komen