5 Februari 2013
Luah, Ramlah Othman, 58, ketika menceritakan keadaan suaminya yang diserang angin ahmar sekitar Jun tahun lalu.
Ramlah berkata, selain penyakit itu, suaminya, Jaafar Othman, 59, turut mengidap kencing manis dan darah tinggi.
Menurut ibu kepada empat anak itu, bagi memudahkan suaminya bergerak, dia terpaksa meminjam kerusi roda daripada saudaranya, namun memerlukan kerusi roda yang lebih selesa berikutan suaminya berbadan gempal.
“Saya sudah memohon untuk mendapatkan kerusi roda pada tahun lalu dan berharap permohonan itu dapat diluluskan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui semasa menerima lawatan daripada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sempena program Transformasi Komuniti Felda Dihati Janji Ditepati di rumahnya di Felda Palong Dua di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Besar, Pembangunan Komuniti Felda, Ab Ghani Mohd Ali; Adun Jeram Padang, Datuk VS Mogan dan Adun Palong, Datuk Aziz Shamsudin.
Difahamkan, sebelum ini, Felda ada menghulurkan bantuan kira-kira RM3,500 kepada Jaafar menerusi Tabung Kebajikan Peneroka.
Peneroka, Isnin Tapar, 71, pula berkata, dia lega apabila nasibnya mendapat perhatian pemimpin Felda.
Menurutnya, dia sudah tidak seaktif dahulu selepas mengalami masalah penglihatan.
"Disebabkan masalah itu, saya perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah setiap bulan,” katanya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Felda Pong Dua.
Sementara itu, Peneroka, Shamsuri Md Yusof, 67, berkata, dia hanya mampu terlantar setelah diserang angin ahmar April tahun lalu.
“Walau apa yang berlaku selepas ini, saya tetap menyokong Felda kerana jika tiada Felda, maka saya tidak dapat hidup dengan selesa seperti sekarang,” katanya yang menyerahkan urusan kebun sawitnya kepada pengurusan Felda.
Sementara itu, Mogan berkata, permohonan Ramlah sudah dipanjangkan kepada pihak berkenaan dan kini sedang diproses.
0 Komen