Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pertikai status wakil rakyat

Dikirim oleh Warieh Rabu, 6 Februari 2013


SYAMILAH ZULKIFLI
5 Februari 2013
Pertikai status wakil rakyat
Nor Azman menunjukkan bukti penglibatan wakil rakyat berkenaan dalam syarikat yang didakwa ada kaitan dengan kerajaan negeri.
 
SEREMBAN – Pas mempertikaikan tindakan seorang wakil rakyat Umno di negeri ini yang dikesan mengaut keuntungan dari anak syarikat kerajaan negeri menerusi syarikat miliknya.

Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad mendakwa, pemimpin terbabit memiliki 50 peratus saham menerusi syarikatnya yang jelas menunjukkan beliau menggunakan kesempatan sebagai wakil rakyat untuk mendapat keuntungan dengan mudah.

“Sepatutnya, jika ada keuntungan, ia akan disalurkan kembali kepada rakyat.

"Tapi apa yang dikesalkan apabila wakil rakyat ini telah mengambil kesempatan dengan memiliki kepentingan dalam syarikat kerajaan negeri melalui syarikatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, Nor Azman turut mempertikaikan kedudukan wakil rakyat terbabit apabila dikesan sebagai salah seorang pemegang saham dalam sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri.

Menurutnya, tidak menjadi isu apabila seorang wakil rakyat terlibat dalam bidang perniagaan, namun yang menjadi persoalan apabila ia melibatkan aktiviti perniagaan di bawah kerajaan negeri.

“Jika seorang wakil rakyat mendapat tender kerajaan pun sudah menjadi satu amalan yang ditolak, apatah lagi dalam kes seperti ini iaitu seolah-olah dia memiliki keuntungan dengan mudah.

“Kedudukan ini mewujudkan situasi ‘konflik kepentingan’ dan sesuatu yang mengecewakan,” katanya.

Berikutan itu, beliau mencabar wakil rakyat berkenaan mengisytiharkan harta dan kepentingannya kepada umum.

“Jika tiada tindakan sehingga Jumaat ini, kita akan mengambil tindakan susulan dengan membuat satu laporan polis dan dikuti dengan laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook