28 Februari 2013
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu turut menjadi tanda tanya kerana kereta jenis Toyota Vios di hadapan rumahnya bukan saja hangus, malah terdapat kesan simbahan cat merah.
"Ketika kejadian, saya sedang nyenyak tidur dalam bilik, sebelum dikejutkan dengan siren jentera bomba. Saya terus bangun dan buka pintu depan rumah dan melihat anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
"Rupa-rupanya yang terbakar itu kereta jiran hadapan rumah saya," katanya.
Seorang lagi jiran dikenali sebagai Manakala S.Kumar, 49, kejadian itu turut menggemparkan penduduk kawasan berkenaan.
"Bunyi siren bomba telah mengejutkan penduduk di situ kerana kita sangka ada rumah terbakar. Bagaimanapun, saya tidak begitu mengenali mangsa kerana mereka sekeluarga baru berpindah di sini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Sementara itu, pemilik kenderaan berkenaan tidak dapat ditemui kerana dikatakan tiada di rumah, manakala keluarga mangsa mengelak ketika ditemui media.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan menerima laporan.
SEREMBAN – “Saya ingatkan rumah terbakar, rupanya kereta," kata Letchumi, 61, jiran kepada pemilik kereta yang terbakar ketika diletakkan di luar rumah, di Taman Bukit Kaya, dekat sini, semalam.
0 Komen