“Saya hanya ingat mati selain tidak henti mengucap dua kalimah
syahadah,” kata pembantu dapur yang nyaris maut akibat ditikam di leher
dan kepala oleh dua lelaki dalam kejadian samun berhampiran stesen bas
Seremban, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi, mangsa Mas Arshad Md Yusoff, 28, berjalan seorang diri dari stesen bas menuju Dataran Seremban sebelum dihampiri dua lelaki tidak dikenali yang membelasahnya sebelum menikam lehernya.
Akibatnya, mangsa mengalami pendarahan teruk di leher dan menerima 32 jahitan.
Katanya, ketika kejadian, seorang daripada suspek mengacukan kaca
botol minuman keras yang dipecahkan sebelum mengarahkannya mengeluarkan
semua wang dan barang berharga.
Malangnya, katanya, tidak lama kemudian seorang lagi rakan suspek memukul kepalanya menggunakan topi keledar dan membelasahnya tanpa belas kasihan.
“Saya cuba melawan, tetapi mereka terus menikam leher beberapa kali sehingga parah menyebabkan saya jatuh tertiarap dengan darah yang mengalir tanpa henti. Ketika itu saya hanya ingat mati selain tidak berhenti mengucap dan berdoa kepada Tuhan.
“Suspek mengambil dompet dan melarikan wang RM700 serta telefon bimbit sebelum mencampakkan beg duit itu ke muka saya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.
Menurut Mas Arshad, walaupun parah dia masih cuba untuk menahan kenderaan yang lalu lalang bagi mendapatkan pertolongan. “Nasib baik ada sebuah kereta yang melalui kawasan itu. Pemandu Proton Persona itu membawa saya ke balai berdekatan untuk membuat laporan polis sebelum ke hospital,” katanya yang berasal dari Parit Buntar, Perak.
Mangsa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Jaafar (HTJS), Seremban.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian itu dan hasil siasatan, pihaknya menahan seorang daripada suspek yang dipercayai terbabit kejadian itu jam 6.30 petang kelmarin di rumahnya.
“Kami kini giat memburu seorang lagi suspek,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

0 Komen