Gadis berusia 20 tahun yang juga pekerja am di sebuah syarikat swasta itu dikatakan baru dua minggu mengenali suspek buruh binaan warga Indonesia berusia 44 tahun.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada 29 Disember lalu apabila suspek mempelawa mangsa datang ke rumahnya mengambil kacang panjang ditanam. Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki suspek mempunyai niat tidak baik datang ke rumah lelaki itu.
Sumber berkata, begitupun perubahan diri yang berlaku pada mangsa disedari ahli keluarganya menyebabkan dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengandung dua minggu. “Ahli keluarganya membuat laporan polis pada 15 Februari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau. Susulan laporan berkenaan, suspek ditangkap keesokan hari di kediamannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
0 Komen