22 Februari 2013
Husin, 70, selepas anaknya, seorang pengawal keselamatan ditemui dalam keadaan tertiarap oleh rakan sekerjanya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Port Dickson, kelmarin.
Muhamad Nairol Nizam Misran, 40, bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson ditemui rakannya itu sekitar jam 6.30 petang iaitu setengah jam sebelum tamat waktu bertugas.
“Dia (Muhamad Nairol Nizam) duduk bersama saya selepas rumah tangganya tidak kekal lama. Saya yang jaga makan minum, pakaiannya dan pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar buat saya bagaimanapun saya redha,” katanya.
Sementara itu, Sabarudin berkata, sekitar jam 1 petang kelmarin, arwah ada menghubunginya menyuruh untuk membaiki soket di dapur.
“Itu kali terakhir saya bercakap dengannya. Sebelum ini arwah memang menghidap penyakit sawan sejak usianya sekitar 20 tahun dan memang mengambil ubat sepanjang masa.
“ Setahu saya arwah memang makan ubat sepertimana waktu yang ditetapkan doktor. Semalam (kelmarin) mungkin arwah diserang penyakit itu dan kebetulan dia bersendirian. Semua yang adalah takdir dan kami sekeluarga menerimanya dengan hati terbuka,” katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Muhamad Nairol meninggalkan seorang anak perempuan Hazimah berusia sembilan tahun. Jenazah kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Kemang, semalam.
PORT DICKSON - “Semalam (kelmarin) petang sehinggalah ketika menunaikan solat Maghrib hati saya tidak tenang, saya banyakkan berzikir dan sekarang baru sedar itulah petanda bahawa akan menerima berita kematian anak sendiri, " kata Maznah
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa keluar dari pondok pengawal untuk membuat rondaan di kawasan sekolah namun, kira-kira 20 minit kemudian, mangsa masih belum kembali ke pondok pengawal.
"Rakan mangsa yang juga seorang pengawal keselamatan kemudiannya mencari mangsa dan menemuinya beberapa meter dari pondok pengawal dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri.
“Usaha menyelamatkan mangsa dilakukan termasuk memanggil pasukan perubatan namun disahkan meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Maznah berkata, dia tidak menyangka anak ke tujuhnya daripada 10 beradik itu akan pergi dahulu menghadap Ilahi.
“Semalam (kelmarin) sudah jam 8 malam arwah masih belum balik. Kemudian adik arwah Sabarudin, 29, yang tinggal bersama saya memberitahu berita kematian ini.
0 Komen