Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Jangan cetus huru-hara jika kalah

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 9 Februari 2013


Najib Tun Razak meneliti fail mesyuarat semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam. Di kiri beliau ialah Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang harus menghormati dan menerima keputusan yang dibuat rakyat tanpa perlu menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut Perdana Menteri, pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana perkara itu adalah salah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, jika dia (pembangkang) kata dia percaya kepada demokrasi, dia tidak boleh tolak sesuatu yang telah diputuskan oleh rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.
Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rancangan Anwar mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' harus diambil perhatian serius memandangkan kemampuan Ketua Pembangkang itu menganjurkan demonstrasi besar-besaran sebelum ini tidak dapat dinafikan.
Najib berkata, kerajaan mahu pilihan raya umum diadakan mengikut landasan yang benar dan pihaknya sendiri penuh yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan memastikannya berjalan dengan adil dan bersih.
Menurut beliau, sekiranya pembangkang tidak menghormati undang-undang, perkara itu akan mewujudkan satu keadaan yang menolak 'rule of law' atau kedaulatan undang-undang dan kesannya adalah buruk kepada negara.
"Kita harap pihak pembangkang akan menerima keputusan rakyat dan tidak mencari alasan seandainya mereka tidak menang untuk huru-harakan negara.
"Menghormati undang-undang adalah prinsip asas dalam negara manakala perjalanan demokrasi menuntut kita untuk menghormati undang-undang," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130209/px_01/Jangan-cetus-huru-hara-jika-kalah#ixzz2KMtODsxz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook