Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


JPJ kesan pelbagai kesalahan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 18 Februari 2013


SEREMBAN 17 Feb. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengesan sebanyak 30 kesalahan yang dilakukan para pengguna kenderaan antaranya melanggar lampu isyarat dan mengguna telefon bimbit ketika memandu.
Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, semua kesalahan itu dikesan dalam Ops Penyamaran sempena Tahun Baharu Cina yang bermula pada 3 Februari dan berakhir semalam.
“Sehingga 14 Februari, 12 kes dikesan melanggar lampu isyarat lalu lintas, empat kes menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan kesalahan lain sebanyak 14 kes," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kata beliau, dalam Ops Motosikal pula, sebanyak 251 kesalahan dikesan sehingga 14 Februari di mana yang tertinggi adalah melibatkan lesen memandu iaitu sebanyak 130 kes.
“Bagi kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM), sebanyak 68 kes dicatatkan diikuti ubah suai kenderaan sebanyak dua kes dan kesalahan nombor pendaftaran pula sebanyak 36 kes.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook