Sepasukan anggota D7 dari IPK Negeri
Sembilan menyita beberapa jenis mesin perjudian dalam operasi di sebuah
pusat hiburan keluarga yang menyediakan khidmat tempahan khas
perjudian dalam satu serbuan di Seremban, kelmarin.
Dalam serbuan pukul 5 petang itu, sebanyak empat mesin judi jenis Happy Baby, Big Starmug dan Dinasour dirampas selain wang tunai berjumlah RM411, enam kupon, 100 token dan sejumlah resit yang digunakan dalam aktiviti berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, siasatan mendapati pelanggan perlu menempah terlebih dahulu menerusi telefon sebelum boleh berjudi.


0 Komen