16 Februari 2013
Luah seorang penerima bantuan projek Baiti Jannati anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB), Rosli Zainuddin, 49, di sini.
Rosli yang bekerja sebagai penoreh getah berkata, dia sekeluarga bersyukur menerima bantuan itu.
"Kini rumah saya sudah ada dua bilik dan selepas ini anak-anak saya boleh tidur dengan selesa," katanya yang tinggal bersama isterinya, Zaleha Ibrahim, 37, dan empat anak berusia setahun hingga 11 tahun.
Katanya, terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu keluarganya.
Sementara itu, Pengurus Besar TNB Negeri Sembilan, Kamal Arifin A Rahman berkata, peruntukan membaiki rumah Rosli sebanyak RM20,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga minggu.
Menurutnya, rumah Rosli akan ditambah dua bilik, dapur dan dinding rumahnya dicat semula.
"Saya berharap dengan adanya perubahan ini, kualiti hidup keluarga Rosli akan meningkat selain terus menjalinkan hubungan erat dengan pihak TNB,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Gotong-royong Projek Baiti Jannati TNB Peringkat Negeri di Kampung Melang Seberang, kelmarin.
Majlis itu dimeriahkan lagi dengan program memecahkan batu blok rumah Rosli, Adun Pilah, Adnan Abu Hassan.
Kamal Arifin berkata, melalui projek Baiti Jannati, 11 rumah di negeri ini sudah dibaiki sejak 2008 melibatkan kos sebanyak RM180,000.
"Pada tahun ini, sebanyak 29 rumah dikenal pasti untuk menerima bantuan berkenaan bagi seluruh semenanjung Malaysia," katanya.
Beliau berkata, selain projek itu, pihaknya turut memperkenalkan satu lagi program kemasyarakatan iaitu program Mesra Rakyat.
"Program ini sama konsep dengan projek Baiti Jannati iaitu Rumahku Syurgaku di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB yang memainkan peranan membantu kerajaan untuk membaiki rumah golongan sasaran.
"Program ini akan dilaksanakan pada tahun ini melibatkan 24 rumah di seluruh Malaysia. Bagi Negeri Sembilan, dua rumah dipilih iaitu di Kampung Gadong Jaya, Labu dan Rompin, Bahau," katanya.
Katanya, tahun ini, pihak TNB menggunakan agihan semula zakat perniagaan TNB bagi 2011 berjumlah RM817,000 daripada RM3.25 juta yang dijelaskan.
0 Komen