9 Februari 2013
Kesemua lelaki beragama Islam itu ditahan dalam satu operasi khas yang dilakukan 10 anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Ahmad Zaki Hamzah yang bermula kira-kira 11 malam itu. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya dan makluman awam.
“Ketika serbuan dilakukan, kesemua lelaki berkenaan sedang leka bermain judi dan turut tergamam sebaik melihat ketibaan penguasa.
“Rata-rata mereka datang ke pusat judi siber ini dengan harapan yang besar untuk menjadi kaya dalam sekelip mata sempena perayaan Tahun Baru Cina ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurutnya, pihaknya telah merampas lebih 10 unit perkakasan komputer yang digunakan untuk permainan perjudian dan wang pertaruhan berjumlah RM2,000.
“Kesemua mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 79(a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2004 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Judi siber: Empat lelaki dicekup JHEAINS
SEREMBAN – Seramai empat lelaki ditahan ketika sedang leka bermain judi siber dalam satu serbuan pihak berkuasa di sebuah premis di Taman Semarak, Nilai, di sini, malam kelmarin.
0 Komen