SEREMBAN 10 Feb. - Para pemimpin dan ahli UMNO serta parti komponen Barisan Nasional (BN) diseru agar mengikis sifat eksklusif dalam diri masing-masing bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus dipelihara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, usaha tersebut amat penting demi memastikan BN terus relevan kepada rakyat sekali gus mengekalkan keharmonian negara.
''Kita jangan bersikap eksklusif, kita sama kita sahaja, syok sendiri sehingga tidak mempedulikan orang lain.
''Kita mesti bersikap inklusif supaya hasrat pemimpin kita untuk melihat kesejahteraan dinikmati bersama tercapai," katanya dalam majlis Perasmian Bangunan Baharu Wisma Gagah Satria di Seremban 2, di sini semalam.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, sifat eksklusif itu akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sehingga mampu membuatkan ada pihak yang terasa dianaktirikan dan terasing.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130211/ws_04/Kikis-sikap-eksklusif#ixzz2KXqlQ8Za
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 Komen