Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


SPP1M adalah hadiah untuk '1,001' kejayaan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 11 Februari 2013


JELEBU 10 Feb. - Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini disambut dengan perasaan lega oleh pelajar di negeri ini.
Menurut mereka, produk pinjaman pendidikan berkonsepkan dana tambahan kepada pelajar ijazah sarjana muda dan sarjana itu membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk terus belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi tanpa perlu risau soal pinjaman pendidikan.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Mohd. Noor Syafiq, 20, berkata, usaha dilakukan kerajaan untuk meningkatkan pendidikan dalam kalangan rakyat ketika ini amat terpuji, apatah lagi Malaysia sedang bergerak pantas menuju sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
''Kita tidak boleh membiarkan rakyat tercicir dalam pendidikan, lebih-lebih lagi dalam soal membangunkan modal insan.
''Maka, apa yang ada dalam SPP1M ini amat melegakan kerana kerajaan telah memberikan suntikan dan alternatif baharu dalam memperoleh pinjaman pendidikan, sekali gus menambah keinginan pelajar untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi," katanya di sini hari ini.
Tambah Mohd. Noor, SPP1M ini benar-benar mengurangkan beban keluarganya dan satu langkah bijak Perdana Menteri dalam mengurangkan tekanan ibu bapa yang membiayai sendiri pendidikan anak-anak.
Siti Rokiah Basri, 24, pula berpendapat, pelaksanaan SPP1M menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam soal memperkasakan pendidikan.
''Selepas melihat kebaikan dalam SPP1M ini, saya lebih berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi kerana duit kini bukan lagi alasan untuk kita belajar dan berjaya," katanya.
Bagi pelajar sebuah sekolah menengah di sini, Mohd. Aidil Ab. Shukur, 16, usaha kerajaan memperkenalkan SPP1M menambah semangatnya untuk terus belajar.
''Sekarang ibu bapa tidak perlulah bimbang soal biasiswa mahupun pinjaman kerana ada alternatif lain dan apa yang penting ialah saya perlu belajar sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda dan memohon pinjaman SPP1M itu. Ini adalah hadiah untuk 1,001 kejayaan," katanya.
SPP1M berfungsi sebagai pinjaman tambahan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.
Skim itu akan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun ini untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun untuk program berkembar dan program luar negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130211/ws_02/SPP1M-adalah-hadiah-untuk-1001-kejayaan#ixzz2KXqaHpI2
© Utusan Melayu (M) Bhd 


0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook