18 Februari 2013
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Koperal Shamsudin Hamzah, 48, dari Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur, dikatakan baru sahaja selesai membeli barangan mentah di pasar berkenaan.
Mangsa berasal dari Kampung Chengkau Ulu, Rembau.
Menurut ibu mangsa, Saoyah Saidon, 78, anaknya itu pulang ke kampung halaman seperti kebiasaan, lebih-lebih lagi anak tunggal arwah, Mohamad Najman Shamsudin, 14, kini bersekolah asrama penuh di Sekolah Menengah Sains Rembau (Semesra).
“Jadi pagi ini (semalam) arwah ingin membeli barangan mentah untuk dimasak sebelum menghantar Najman pulang ke asrama pada sebelah petang. Bagaimanapun, sebaik ingin masuk ke kereta, arwah mengadu kepala pening dan rasa mahu muntah kepada anaknya.
“Beberapa ketika kemudian, arwah sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan kesihatan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang mengesahkan kejadian.
0 Komen