Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Lebih 300,000 terima BR1M 2.0 di Negeri Sembilan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 7 Februari 2013



6 Februari 2013
SEREMBAN - Lebih 300,000 penduduk di negeri ini layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  
Katanya, penerima BR1M tahun lalu dijamin menerima bantuan kali kedua tahun ini, manakala ada nama-nama yang ditolak disebabkan pertindihan nama atau pendaftaran berulang.
  
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini, beliau berkata bagi nama-nama yang ditolak itu, mereka tetap menerima bantuan berkenaan melalui seorang bagi setiap isi rumah.
  
"Kami harap mereka yang layak menerima bantuan harap bersabar kerana ketika ini, selaras dengan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, kami akan mengutamakan dulu pemberian BR1M kepada kaum Tionghua.  
  
"Ini supaya dapat membantu mereka menggunakannya untuk sambutan tahun baru Cina. Tidak timbul keciciran sebab saya jamin penerima BR1M tahun lalu akan turut menerima BR1M tahun ini," katanya.
  
Katanya, pada tahun ini pemberian BR1M akan diagihkan secara berperingkat dengan empat fasa termasuk pembayaran RM250 kepada golongan bujang yang layak.
  
Dalam pada itu Mohamad berkata pihaknya telah mengarahkan pejabat tanah negeri untuk menyelesaikan segera masalah pemilik tanah petempatan berkelompok di negeri ini termasuk di Felda, Felcra dan rumah rakyat yang belum menerima geran hak milik tanah walaupun telah selesai membuat segala pembayaran termasuk premium.
  
Katanya adalah tidak adil untuk menangguhkan pemberian geran kepada pemilik yang telah menjelaskan bayaran, semata-mata menunggu segelintir pemilik lain yang tidak membuat pembayaran.
  
"Bagi skim tanah rancangan contohnya Felda Jelai 4, dekat sini di mana ada 500 lebih peneroka dan terdapat hanya lima orang bermasalah. Beri surat hak milik kepada lebih 500 itu, janganlah disebabkan lima orang, semua tak dapat," katanya. - Bernama

1 Responses to Lebih 300,000 terima BR1M 2.0 di Negeri Sembilan

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Leh cek nama saya tk kenapa saya tk dapat brim2..atau brim2 dh masuk dlm account..

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook