Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


PKR kesal bendera diturunkan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 7 Februari 2013


Wartawan Sinar Harian
6 Februari 2013
PKR kesal bendera diturunkan
Ramly (dua, kanan) dan Daud (kiri) menunjukkan batang buluh dan bendera yang diturunkan pihak tidak bertanggungjawab, petang kelmarin.
REMBAU – Ahli PKR kesal dan kecewa apabila pihak tidak bertanggungjawab bertindak menurunkan bendera Pakatan Rakyat (PR) di sekitar Durian Daun dan sekitarnya bagi acara rasmi kerajaan, kelmarin.

Ahlinya, Ramly Jalon, 69, berkata, dia kecewa kerana bendera PR di sepanjang jalan dari persimpangan Kampung Kundur ke Pilin diturunkan sekitar 9 pagi.

Ramly yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Durian Daun berkata, lebih mengecewakan lagi apabila bendera PR yang terletak di markas PKR juga diturunkan sesuka hati.

"Kita tidak tahu motif sebenar pihak berkenaan menurunkan puluhan bendera PR ini tetapi kita yakin pihak berkenaan tidak mahu bendera PR ini kelihatan semasa acara rasmi pihak kerajaan berlangsung di kampung ini, selain mahu menyatakan kawasan ini tiada pembangkang.

“Malah, apa yang kita kesalkan ialah, bendera di tanah persendirian iaitu di markas PR juga diturunkan dan ini jelas menunjukkan pihak berkenaan sesuka hati mencemarkan amalan demokrasi di negara ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Markas PKR, dekat sini, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua PKR Ranting Pilin, Mohd Daud Manas berkata, dia kecewa kerana PR tidak pernah mengambil tindakan menurunkan bendera mana-mana pihak sekiranya ingin menganjurkan sebarang program di lokasi berkenaan.

“Nasib baiklah batang buluh yang digunakan untuk mengibarkan bendera di markas ini diletakkan dengan baik tidak seperti bendera di tepi jalan yang diturunkan dan dibuang ke dalam semak.

“Kita sangat kesal dan tidak berpuas hati dengan insiden ini. Malah, kita harap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan tidak mengulangi lagi amalan berat sebelah seperti ini," katanya.

2 Komen

  1. Tanpa Nama Says:
  2. boto yo kato dio oghang tu,kalau bopolitikbia lah boghosih tanpa ado dondam,takpo do dio oghang tu ado kek situ,kalau tak do dio ogang ni soghang pomimpin pun tak nampak muko doh,,kalau dio bopolitik sehat bia lah,,jgn kacau kacau,,kito ni samo yo,,,,saba yo lah pkr yo,sajo naka ,,,

     
  3. Tanpa Nama Says:
  4. aahhh poie mampuih la pkr lahanat tu jangan kan monang satu undi pun calon pkr nie x dapek sok..penangan org rembau

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook