Pasukan Negeri Sembilan berada dalam kedudukan tercorot selepas hanya seri dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) di Paroi semalam, Negeri Sembilan banyak menguasai perlawanan tetapi ketumpulan jentera tengah dan serangan menafikan kemenangan pasukan rusa. Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Mohd Firdaus pada minit 34 melalui sepakan mudah di depan pintu gol ATM, pasukan ATM pula mendapat gol pada lewat perlawanan melalui pemain pertahanan mohd irwan fazly yang menanduk hantaran dari sepakan percuma.
0 Komen