Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pemergian mengejutkan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 20 Februari 2013


Wartawan Sinar Harian
20 Februari 2013
Pemergian mengejutkan
Salina bersama anak-anaknya tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan keadaan arwah suaminya
Amran Kasim
Amran Kasim
ALOR GAJAH - “Ayah bangunlah... Ibu, kenapa biarkan ayah tidur seorang dalam kubur.” Rintih Amelia Izara, 7, apabila melihat jenazah bapanya, Amran Kasim, 47, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Petai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Amran Kasim, 47, meninggal dunia di dalam bilik tidur rumah sewa mereka di Taman Seri Lendu, di sini, apabila tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebaik sahaja turun dari katil untuk ke tandas.

Isteri mangsa, Salina Hamzah, 40, berkata, arwah suaminya itu terlelap kira-kira jam 10 malam sebelum terjaga untuk ke tandas, namun rebah secara tiba-tiba.

“Saya terkejut apabila melihat arwah suami yang berdiri di tepi katil tiba-tiba rebah, saya terus menerpa ke arahnya dan memanggilnya, namun tiada tindak balas.

“Dalam keadaan panik, saya meminta anak sulung kami, Hafizuraidi, 14, menghubungi adik ipar saya yang tinggal di taman bersebelahan,” katanya.

Salina berkata, selepas itu, dia mendapatkan bantuan kecemasan daripada kakitangan paramedik Hospital Alor Gajah.

"Saya tidak percaya selepas kakitangan paramedik memaklumkan suami saya sudah meninggal dunia dan memaksa mereka membawa suami ke hospital.

“Arwah tidak mempunyai sebarang penyakit dan keadaan ini membuatkan saya seperti hilang punca berikutan arwah tempat kami mengharap kasih sayang,” katanya.

Dia berkata, kini dia buntu memikirkan nasib empat anak, Hafizuraidi, Aira Izati, 12, Hafiza Izani, 9, dan Amelia Izara, 7, yang kesemuanya masih bersekolah.

"Saya bekerja di sebuah Tabika Kemas di sini, dengan pendapatan RM400 sebulan di mana RM200 untuk sewa rumah selebihnya bagi keperluan ana-anak," katanya.

Anak sulungnya, Hafizuraidi berkata, dia tidak menyangka pesanan arwah ayahnya sejak sebulan lalu adalah petanda arwah ayahnya akan pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

“Ayah pesan supaya saya menggantikan tempat ayah sebagai ketua keluarga apabila ayah tiada malah ungkapan itu dinyatakan berulang kali, namun saya tidak mencurigai apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia sangat rapat dengan arwah ayahnya dan mereka sering keluar pada hujung minggu.

“Arwah ayah selalu ajak saya pergi memancing dan itulah rezeki sampingan yang kami peroleh, namun kini semua itu menjadi kenangan malah hasrat arwah untuk tukar pancing baru tidak kesampaian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan mendapati saluran darah di bahagian jantungnya tersumbat,” katanya.

1 Responses to Pemergian mengejutkan

  1. Tanpa Nama Says:
  2. ketentuan Ilahi,semoga keluarga ini akan tabah menghadapi dugaan ini,mari lah kita sama sama mendoakan arwah ditempatkan bersama orang yg solih,dan semoga pihak pihak yg berkenaan akan memikirkan sesuatu yg terbaik untuk keluarga ini,,in sya Allah,,,

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook