Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


PR belum capai persefahaman

Dikirim oleh Warieh Isnin, 4 Februari 2013


Wartawan Sinar Harian
3 Februari 2013
PR belum capai persefahaman
Mohd Isa (dua, kiri) merasmikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Datuk Shahbandar, malam kelmarin.
 
AMPANGAN – Pakatan Rakyat (PR) bukan sebuah parti gabungan yang kukuh kerana sehingga kini masih belum menunjukkan persefahaman dalam memilih Perdana Menteri di kalangan mereka sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Penerangan Umno negeri, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata, kegagalan pemimpin PR untuk melantik siapa bakal menjadi Perdana Menteri berikutan bimbang berlakunya pergeseran dan pergelutan sesama parti mereka.

“Semua orang tahu sehingga kini PR tidak mampu untuk menamakan siapa pemimpin mereka untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai perjanjian yang jelas apabila parti komponen turut bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Malah, lantikan Najib tidak pernah dipersoalkan dan persefahaman ini sudah menjadi amalan BN sejak dahulu lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Datuk Shahbandar, di sini, malam kelmarin.

Mohd Isa berkata, musibah besar akan berlaku di negara ini sekiranya parti yang memimpin negara kelak tidak mencapai persefahaman.

“Keyakinan pelabur kepada negara akan terjejas, malah ketika ini juga kita dapat lihat beberapa harga saham jatuh sedikit ekoran kebimbangan pelabur asing kepada kerajaan yang akan memimpin negara.

“Pelabur juga khuatir dan sentiasa menunggu keputusan pilihan raya umum kerana bimbang jika kerajaan baru yang akan dibentuk tidak kukuh.
“Mereka sukakan kerajaan yang kukuh dan sanggup melabur jumlah yang tinggi kerana keyakinan terhadap ekonomi negara yang kukuh,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook