Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


PDM pertaruh undi Melayu

Dikirim oleh Warieh Isnin, 4 Februari 2013


Wartawan Sinar Harian
3 Februari 2013
Zulkipli
Zulkipli (dua, kiri) menunjukkan maklumat mengenai demografi pengundi di bawah kawasan PDM Asahan sambil diperhatikan Noorpiah (tiga, kanan) pada program berkenaan.
GEMENCHEH – Pusat Daerah Mengundi (PDM) Asahan akan mempertaruhkan undi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memandangkan kira-kira 80 peratus daripada 581 pengundi di kawasan berkenaan adalah orang Melayu.

Setiausaha PDM Asahan, Zulkipli Kamarudin berkata, atas dasar itu, pihaknya yakin peti undi di kawasan berkenaan akan terus menjadi antara kubu kuat Barisan Nasional (BN)  lebih-lebih lagi peratusan keluar mengundi dalam dua pilihan raya umum sebelum ini melebihi 90 peratus.

Menurutnya, sememangnya menjadi hasrat pihaknya dalam memastikan masyarakat di penempatan berkenaan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam memilih pemimpin yang layak untuk memimpin kawasan tersebut.

“Oleh itu, tahun ini, kita seperti biasa akan mempergiatkan lagi program di peringkat PDM dalam memastikan penduduk yang sudah layak mengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Malah, berdasarkan rekod kita, golongan berusia 40 hingga 69 tahun mewakili golongan usia yang paling besar di PDM ini iaitu membabitkan 257 pengundi diikuti golongan berusia 21 hingga 39 tahun ke atas sebanyak 203 orang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah dan Gotong-royong PDM Asahan, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tampin, Mohd Isam Mohd Isa dan Ketua PDM Asahan, Noorpiah Mohd Yassin.

Sementara itu, Zulkipli berkata, PDM itu mempunyai empat penempatan utama iaitu Taman Asahan Jaya; Asahan Utama, Kampung Baru Sri Asahan dan Kampung Asahan sendiri yang mana masih menempatkan pengundi berusia 70 tahun ke atas sebanyak 54 orang.

“Hampir setiap hari kita melaksanakan program bagi mendekati golongan ini. Bagaimanapun, program berbentuk kemasyarakatan dilaksanakan sepanjang tahun bagi mengeratkan komuniti di PDM ini," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook