Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rakyat di negara ini amat bertuah kerana dapat hidup dengan harmoni walaupun mempunyai rakyat pelbagai kaum.
''Kita boleh meraikan pelbagai jenis perayaan baik untuk kaum Melayu, Cina, Tamil dan kaum lain tanpa sebarang masalah, secara tidak langsung dapat memahami adat dan budaya mereka.
''Malah kerajaan sedia ada tidak mementingkan mana-mana kaum dalam usaha membangunkan negara dan menyalurkan bantuan. Ini bermakna semua kaum adalah aset kepada parti pemerintah," katanya kepada pemberita selepas sambutan Tahun Baharu Cina di sini.
Sementara itu, Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan, Lau Chee Boon berkata, masyarakat Cina di negara ini tidak pernah dipinggirkan.
''Kami sebagai masyarakat Cina amat bangga berada di negara ini, kerajaan sedia ada tidak pernah meminggirkan kami termasuk kaum lain,'' jelasnya.
''Malah setiap pandangan yang kami utarakan turut diterima pakai dalam bersama membangunkan negara dan negeri ini," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad turut menghadiri rumah terbuka anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah, Datuk Siow Chen Pin di Jelebu hari ini.
Majlis itu diadakan di Taman Bukit Kempas, Titi, yang turut dihadiri masyarakat setempat.
Sementara itu, malam tadi, Menteri Besar dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130212/ws_02/Semua-kaum-aset-kepada-kerajaan---MB#ixzz2KhC4z2EJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
SEREMBAN 11 Feb. - Tiada golongan masyarakat dianggap liabiliti sebaliknya kesemua mereka adalah aset kepada kerajaan dan sentiasa bergerak dalam satu pasukan.
0 Komen