11 Februari 2013
Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, janji yang ditaburkan itu bagai tidak masuk akal untuk dilaksanakan.
“Mereka (pembangkang) membuat janji yang bukan-bukan seperti mahu menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak.
“Kerajaan hari ini membelanjakan RM22.8 bilion bagi menampung keperluan subsidi yang kita terima hari ini daripada minyak kenderaan hingga ke barang makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) 2.0 di Dewan Budaya, Kampung Ayer Hitam, dekat sini baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Zainal berkata, sebanyak 175 permohonan BR1M bagi kawasan Adun Sungai Lui ditolak atas beberapa sebab namun, mereka tetap diberi peluang mengemukakan rayuan.
Menurutnya, bantuan BR1M ini juga merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan tidak mengamalkan diskriminasi parti.
“Setakat ini, sebanyak RM1.157 juta telah pun diserahkan kepada mereka yang layak menerimanya sekitar Dun Sungai Lui meliputi jumlah 2,314 daripada 6,190 penerima,” katanya.
AIR HITAM- Penduduk khasnya masyarakat daerah ini dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan janji yang ditabur pembangkang sebelum ini.
0 Komen