Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


‘Tukar nama, bukan kerajaan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 25 Februari 2013


‘Tukar nama, bukan kerajaan’

Oleh Hairulazim Mahmud, Meor Riduwan Meor Ahmad dan Amir Ab Hamid
Seremban: “Tukarlah apa nama pun tempat di Negeri Sembilan ini, tapi jangan tukar kerajaan yang setia berkhidmat untuk rakyat.
“Sebab itu saya menunggu sampai kita ‘semuo loteh’ (semua letih) untuk pilihan raya umum kerana saya nak buktikan dasar transformasi nasional benar-benar boleh dijayakan untuk manfaat rakyat.” Itu tegas Datuk Seri Najib Razak yang mengulas penukaran nama Ulu Temiang kepada Seremban Utara selain mengapa sehingga kini beliau masih berteka-teki tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri menegaskan mahu melihat usaha membina negara dengan proses transformasi yang dilakukan memberi faedah kepada rakyat.
Katanya, ini kerana memimpin negara dan bangsa berjaya memerlukan kepimpinan yang memiliki idea berterusan, keunggulan, perancangan yang rapi dan pelaksanaan berkesan untuk rakyat memperoleh manfaat.

“Saya percaya rakyat cukup yakin kepada Barisan Nasional (BN) yang kita benar-benar melakukannya,” katanya berucap di hadapan 5,000 orang ketika melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Seremban Utara kawasan pembangunan 6,000 unit rumah mampu milik PR1MA selain 5,000 unit lagi di Seremban Sentral.

Dalam pada itu, Najib berkata, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan ulama apabila menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan.
“Orang itu rupa macam ulama tapi bukan ulama kerana apa yang keluar daripada mulutnya bukan yang bermartabat ulama.

“Ulama ini memaki-hamun, mencaci, mencerca dan menghina orang sebagai haiwan. Ini bukan ulama,” tegasnya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak sanggup dikutuk seperti itu namun ironinya yang turut menerima BR1M termasuk penyokong pembangkang.

“Pembangkang ini tak boleh pakai tapi yang penting kita lakukan yang terbaik, kita galas amanah untuk buat apa saja yang mampu untuk rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat yakin hanya BN yang mampu memenuhi harapan mereka.

“Pembangkang kata kita rasuah, tetapi suruh tanda tangan ikrar integriti mereka tak mahu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/25 0  0 Google +0  0  0

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook