Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Elak rakyat luar bandar terpinggir

Dikirim oleh Warieh Isnin, 25 Februari 2013


Port Dickson: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan apa saja yang menjadi penghalang kepada prinsip keadilan mesti diubah dan diruntuhkan seperti dilakukan kerajaan ketika ini supaya keadilan sosial menjadi kenyataan bersesuaian dengan Gagasan 1Malaysia.
Ini kerana rakyat berpendapatan rendah di luar bandar akan terus terpinggir dalam arus pembangunan negara sekiranya kerajaan melaksanakan model pentadbiran yang tidak bersesuaian seperti model pembangunan sosialis yang menidakkan prinsip keadilan sosial.

“Apa saja yang menjadi halangan mesti diubah malah diruntuhkan supaya keadilan sosial menjadi kenyataan. “Bersesuaian dengan prinsip ini, model pembangunan negara kita ini bukan model yang melihat kuasa pasaran menentukan segala-galanya.
“Bukan juga model sosialis yang tidak ambil kira soal meritokrasi, soal daya saing. Apa yang perlu kita lakukan ialah supaya prinsip mengiktiraf kecemerlangan serta kebolehan disokong program yang boleh menentukan keadilan sosial,” katanya melancarkan program Mengubah Destinasi Anak India Malaysia (MDAIM) 2013 di Politeknik Port Dickson di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Katanya, meritokrasi penuh dilaksanakan tanpa intervensi kerajaan boleh memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin sama ada di bandar atau luar bandar menyebabkan mereka terus ketinggalan, selain melebarkan jurang dengan golongan berpendapatan sederhana serta tinggi.
“Jadi kita kena fikir apa program sesuai dan kepada siapa harus kita laksanakannya supaya golongan miskin serta berpendapatan rendah mendapat pembelaan lebih adil dan saksama,” katanya.

Katanya, kerajaan melaksanakan program MDAIM untuk masyarakat India bagi menawarkan peluang melanjutkan pelajaran khususnya untuk yang tidak mencapai gred kemasukan biasa ke institusi pengajian tinggi.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook