Perompak cari pembantu rumah
24 Februari 2013
REMBAU - "Perompak itu tanya, mana pembantu rumah kami," kata V Mages,53, menceritakan detik cemas tiga beranak apabila rumahnya diceroboh tiga lelaki di rumahnya dekat Kampung Lubok China, di sini, kelmarin.
Menurut Mages, ketika kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, dia sedang menyiapkan sarapan pagi sebelum terlihat kelibat seseorang menyorok di belakang dinding luar dapur .
Katanya, dia yang cemas terus bergegas ke pintu dapur untuk menguncinya, namun tiba-tiba pintu berkenaan ditolak seorang lelaki dari luar yang kemudian masuk ke rumah, diikuti dua yang lain.
“Bila masuk-masuk saja, lelaki itu bertanya kepada saya, mana pembantu rumah Indonesia kami. Padahal kami tidak pernah mempunyai pembantu rumah.
"Lelaki itu kemudian menyuruh kami diam sekiranya mahu selamat dan menyerahkan duit serta barangan kemas," katanya.
Mages berkata, dua lelaki berkenaan memakai topeng penutup muka.
"Dua daripada mereka juga bersenjatakan parang panjang, manakala seorang lagi memegang pisau lipat,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, dekat sini, semalam.
Mages berkata, sepanjang tempoh penjenayah berkenaan berada di dalam rumah, mereka berasa sangat takut.
Katanya, sebelum penjenayah itu menyelongkar dan mengikat tangan mereka dengan tali rafia, adik iparnya, T.Ladha, 37, diugut dengan diacu parang panjang pada bahagian muka.
Sementara ibunya, A. Marayee, 72, merayu-rayu supaya mereka tidak diapa-apakan.
“Saya dan adik ipar diikat. Ibu saya pula merayu-rayu supaya tidak diikat kerana sudah tua dan tangan dan kakinya sakit. Salah seorang perompak yang menyelongkar di bahagian atas menjerit supaya saya diam kalau tidak mahu diapa-apakan," katanya.
Menurutnya, perompak berkenaan meninggalkan mereka dengan melarikan wang tunai dan barang kemas yang ditemui dalam rumah.
"Penyamun itu turut membawa lari telefon bimbit. Dia juga sempat memotong wayar telefon rumah kami," katanya yang menganggarkan kerugian dialami kira-kira RM8,000.
Mages berkata, mereka bagaimanapun dapat membebaskan diri dan meminta pertolongan jiran untuk menghubungi polis.
"Jiran kami juga mengakui ada ternampak sebuah kereta jenis Nissan Sunny berwarna biru diletakkan tidak jauh dari rumah kami ketika kejadian itu," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis berdekatan.

0 Komen