Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


100 pengundi 'hantu' di Dun Lobak

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 30 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
30 Mac 2013
100 pengundi 'hantu' di Dun Lobak
Anthony (tengah) menunjukkan borang siasatan awam yang dilakukan oleh SPR negeri. Turut kelihatan Gunasekaran dan Kim Leong
SEREMBAN – Usaha membawa pengundi hantu ke dalam Dun Lobak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak berjaya setelah ia berjaya disekat pada peringkat awal.
Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook berkata, perasaan syak wasangkanya terhadap penambahan pengundi baru yang luar biasa di Dun Lobak ternyata tepat, apabila terdapat 100 pengundi baru menggunakan alamat di Lobak adalah palsu.

Beliau yang juga bekas Adun Lobak berkata, pada kebiasaannya, penambahan bagi pengundi baru akan berlaku antara 10 sehingga 15 peratus sahaja, tetapi pada kali ini, Dun Lobak menerima penambahan sehingga 23 peratus.

“Pada tahun 2008 jumlah pengundi yang dicatatkan adalah sebanyak 15,162 orang, tetapi pada tahun lalu ia meningkat 3,493 orang.

“Disebabkan itu, saya telah membuat bantahan terhadap senarai Rang Pendaftar Pemilih Suku ke-4 2012 di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, kerana curiga dengan beberapa nama dan alamat yang dipaparkan.

“Berikutan dengan itu, saya telah memfailkan 100 kes (nama individu dan alamat palsu) kepada SPR bagi menyiasat individu yang kononnya tinggal di alamat dalam kawasan Lobak ini.

“Ternyata, kes yang saya failkan itu berjaya apabila SPR melalui siasatan awam yang dilakukan pada Februari lalu mendapati bahawa pengundi baru yang menggunakan alamat di Lobak itu tidak wujud dan adalah palsu, disebabkan sebarang surat menyurat yang dibuat oleh
SPR dikembalikan semula,” katanya pada sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan Operasi Dun Lobak di sini, semalam.

Turut serta, Timbalan Dap negeri, P Gunasekaran dan calon Dun Lobak merangkap Ketua Biro Undang-Undang DAP negeri, Siow Kim Leong.

Jelasnya, sehingga tempoh lima tahun ini, hampir 1,500 individu yang cuba dipindahkan masuk ke dalam Dun Lobak secara tidak sah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang sengaja menggunakan taktik kotor itu untuk mencipta kemenangan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook