5 Mac 2013
Ketua Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Jelebu, D Unini berkata, maklumat dan aduan berkenaan diperoleh ketika pihaknya menjalankan Program Pendekatan Pengundi di kawasan Air Hitam, baru-baru ini.
“Sehubungan itu, saya bagi pihak mereka memohon pihak bertanggungjawab agar menyegerakan kelulusan permohonan tersebut setelah ambil kira syarat berkaitan.
“Ini kerana mereka masih tertanya-tanya status mereka sama ada berjaya atau sebaliknya. Manakala hal serupa juga ada disuarakan oleh generasi kedua di sini yang mahu kerajaan membina rumah kos rendah seperti rumah kos rendah di Air Hitam.
“Kita jangka jika bina 200 rumah kos rendah di sini tidak akan ada masalah untuk terjual berikutan permintaan banyak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dekat pusat khidmat PPP, di sini, baru-baru ini.
Katanya, terdapat tanah kosong milik kerajaan negeri dalam kawasan Air Hitam ini dan pihaknya yakin penduduk akan menyambut baik jika ada pembinaan rumah sekaligus menyelesaikan masalah permohonan rumah mereka yang sedia ada ini.
“Selain itu, kita mahu pihak berkaitan fikirkan satu cara terbaik bagi menyelesaikan masalah kemalangan yang kerap berlaku di simpang empat Air Hitam.
“Mungkin boleh diletakkan lampu isyarat atau bulatan dekat situ,” katanya.
Betul la tu..sebiji rumah pun x der..bantuan tuk baikpulih rumah pun diberi kepada mereka yang rumah dah cantik-cantik tp atap dah berkarat konfem dapat.tetapi mana rumah yang betul betul atap bocor,yang bertampal tak dapat pun.kasihani mereka yang amat memerlukan.