Dua peneroka dapat bantuan kerusi roda
3 Mac 2013
Dua peneroka berkenaan yang kini tidak boleh berjalan menerima sumbangan kerusi roda hasil bantuan Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Peneroka terbabit, Mohd Sharif Ibrahim, 52, mengidap penyakit angin ahmar hampir setahun lalu dan hanya berharap kepada bantuan keluarganya untuk bergerak.
Manakala, Zainal Alias, 59, pula kehilangan kaki kirinya dua bulan lalu selepas disahkan mengidap penyakit kencing manis.
Setiausaha Barisan Nasional Dun Sungai Lui, Mohd Sani Yunus berkata, pihaknya akan sentiasa membantu peneroka Dun Sungai Lui agar tidak diabaikan.
Katanya, program Walk About dijalankan secara berterusan bagi mendekatkan pemimpin dengan penduduk setempat.
"Dalam masa sama, pemimpin dan penduduk berpeluang menyalurkan maklumat atau aduan secara terus agar segalanya diselesaikan dengan baik,” katanya.
0 Komen