Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Dua termasuk peneroka Felda maut

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 30 Mac 2013


JEMPOL 29 Mac - Seorang peneroka Felda maut setelah kereta dipandunya terbabas memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebatang tunggul kayu di jalan Felda Bukit Rokan Barat dekat sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, mangsa, Salleh Yusop, 62, yang merupakan peneroka di Felda Bukit Rokan Barat dekat sini, hilang kawalan semasa memandu kereta Perodua Kancil dan terbabas.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Gemencheh dipercayai mahu pulang ke rumahnya di Bukit Rokan semasa kejadian.
"Mangsa mengalami cedera parah di bahagian badan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah oleh orang awam tetapi disahkan meninggal dunia semasa dirawat," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di sini hari ini.
Dalam kejadian berasingan, Hamzah berkata, seorang pemuda maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Bahau-Kemayan pada pukul 7.20 malam tadi.
Beliau berkata, Mohamad Hamdhan Abu Bakar, 25, terbunuh selepas motosikal jenis Yamaha 125 yang ditunggang dirempuh oleh sebuah kenderaan lain yang tiba-tiba memintas mangsa.
Katanya, semasa kejadian berlaku, mangsa dari arah Bahau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Lui Barat.
"Kenderaan terbabit telah bergesel dengan motosikal mangsa menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
"Mangsa meninggal dunia di Hospital Jempol pada pukul 12.30 tengah malam tadi semasa sedang mendapatkan rawatan dan polis sedang berusaha mengesan pemandu kenderaan yang merempuh mangsa," katanya.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing selepas bedah siasat dilakukan dan kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130330/je_03/Dua-termasuk-peneroka-Felda-maut#ixzz2P09nyPTL
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook