Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Maut ditetak bertubi-tubi

Dikirim oleh Warieh Isnin, 11 Mac 2013


NUR SHARIEZA ISMAIL
10 Mac 2013
SEREMBAN – Seorang lelaki maut setelah dipercayai ditetak bertubi-tubi oleh tiga penjenayah di Bukit Pelandok Port Dickson, awal pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu, T Ganesan 37, mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tangan, dan pangkal leher kesan tetakan dengan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah yang memecah masuk ke dalam rumah yang turut didiami anak dan ibu bapanya.

Difahamkan mangsa masih berjaga dan berada di dalam sebuah bilik sebelum didatangi sekumpulan penjenayah yang bertopeng.

Ganesan, yang juga merupakan anak saudara lelaki kepada Ketua MIC Bahagian Teluk Kemang, Datuk M Vello dikatakan cuba mempertahankan diri,
namun gagal.

Bapa mangsa yang terdengar bunyi bising itu, bergegas ke bilik anaknya sebelum mendapati dia terbaring dengan berlumuran darah.

Menurut adik mangsa, T Krishnan, 35, dia menerima panggilan daripada adiknya kira-kira jam 4 pagi yang memaklumkan kejadian malang yang menimpa abangnya itu.

“Ketika saya sampai di lokasi kejadian, polis dah tiba. Saya difahamkan abang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kesan tetakan,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), semalam.

Krishnan yang bekerja di sebuah kilang di Nilai berkata, sudah enam bulan dia tidak menghubungi abangnya itu dan kali terakhir berjumpa pada Ogos lalu.

“Saya begitu terkejut mendapat tahu berita ini. Setahu saya abang tidak ada musuh kerana dia seorang yang baik hati,” katanya.

Sementara itu, Datuk M Vello yang juga ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berkata, sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak saudara
lelakinya itu, sehinggalah menerima perkhabaran menyedihkan ini.

“Saya dimaklumkan mangsa sudah berada di sini sejak tiga hari lalu memandangkan dia bekerja di Taiping, Perak tetapi semasa mangsa berada di sini, isterinya tidak ikut. Anak perempuannya, G Lakshana memang sejak kecil tinggal di sini bersama ibu bapanya di kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa mati serta-merta.
Abd Wahab berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek menaiki sebuah kereta sebelum memecah masuk ke rumah ibu bapa mangsa.

“Polis mendapati kes ini bermotifkan dendam dan gerakan memburu suspek giat dijalankan,” katanya.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook