Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Maut selepas pulang sekolah

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 8 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2013
KUALA PILAH – Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Muhammad (TMS) maut dalam satu kemalangan apabila motosikal ditunggang mangsa merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 1.5, Jalan Kuala Pilah-Tampin, dekat sini.

Kejadian yang berlaku pada 4.25 petang kelmarin menyebabkan M Kogulan, 16, maut di tempat kejadian selepas cedera teruk di kepala dan anggota lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang baru pulang dari sekolah dalam perjalanan ke Tampin.

Menurutnya, difahamkan mangsa cuba memotong sebuah lori di hadapannya sebelum merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan menyebabkan mangsa tercampak.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan yang dikenali sebagai Tee Guan Joo tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Guan Joo dikatakan tidak sempat mengelak motosikal yang ditunggang Kogulan menyebabkan keretanya rosak teruk akibat rempuhan kuat," katanya.

Azmi berkata, bedah siasat dilakukan lewat petang kelmarin di Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

"Punca kematian masih lagi belum dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 dan lesen memandunya boleh digantung jika sabit kesalahan," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook