13 Mac 2013
Mayat berkenaan diangkat anggota polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan, kira-kira 8 malam sebelum melaporkannya kepada polis.
Menurutnya, setakat ini, mayat lelaki berkenaan belum dapat dikenal pasti kerana polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat terbabit.
“Polis masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Tuanku Ja'afar, di sini.
“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal pada mayat lelaki dipercayai warga asing dari Bangladesh itu,” katanya kepada pemberita di sini.
Saiful Azly berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


0 Komen