Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, kerajaan negeri ingin melihat kawasan pantai peranginan negara itu digilap semula selain menjadikan elemen ketenteraan sebagai salah satu produk pelancongan baru yang dapat menarik pengunjung.
Malah katanya, adalah menjadi harapan bagi kerajaan negeri untuk terus menjalin kerjasama dengan Tentera Darat dalam memberikan impak baharu terhadap industri pelancongan di negeri ini.
"Kita tidak tengok kepada faedah akan tetapi keuntungan kepada negeri ini selepas mendapat persetujuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan dalam menjadikan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.
0 Komen