Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pemandu van rokok disamun

Dikirim oleh Warieh Khamis, 28 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
28 Mac 2013
disamun
Mangsa dan van yang digunakannya ditinggalkan di jirat Cina berdekatan Taman KSNS, semalam.
REMBAU - Rutin kerja seorang pemandu van rokok bertukar pengalaman menakutkan apabila dia disamun sekumpulan enam lelaki dengan dua daripadanya bersenjatakan pisau dan parang di hadapan sebuah kedai di Taman Chembong Utama, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang sedang memunggah stok rokok tiba-tiba didatangi kumpulan penyamun tersebut.

Menurut sumber, penyamun terbabit menutup mata mangsa yang berusia 31 tahun menggunakan pita pelekat kemudian mengikat mangsa dan menyumbatnya ke dalam van sebelum dilarikan kira-kira sejauh 400 meter dari lokasi kejadian dan dibawa ke jirat Cina berdekatan Taman KSNS Chembong.

“Dipercayai enam penyamun tersebut menaiki dua kenderaan dan susulan insiden itu, mangsa kerugian lebih RM 50,000 termasuk kira-kira RM45,000 bagi nilaian rokok, wang tunai jualan rokok anggaran RM8,000 dan wang sendiri RM180.

“Selepas ditinggalkan, mangsa berjaya melepaskan ikatan sebelum meminta pertolongan daripada penduduk setempat,” katanya.

Bagi saksi yang hanya mahu dikenali, Lee, 40an, berkata, ketika kejadian dia bersama tiga individu lain sedang berehat di bawah pondok ekoran hari hujan sebelum meneruskan kerja memotong rumput.

Menurutnya, tiba-tiba mereka ternampak seorang lelaki berlari ke arah mereka dan meminta bantuan menghubungi polis kerana baru sahaja dirompak.

“Sebaik mengikut mangsa, saya dapati kotak rokok sudah bersepah di bahagian belakang van berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata tajam.

“Jika sabit kesalahan, suspek bakal berhadapan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook