Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Rumah pengedar surat khabar dipecah masuk

Dikirim oleh Warieh Rabu, 6 Mac 2013



6 Mac 2013
Rumah pengedar surat khabar dipecah masuk
Sey Moi (tengah) menunjukkan kesan dua keping cermin tingkap yang ditanggalkan penjenayah bagi menyelinap masuk ke dalam rumahnya.
SEREMBAN – Seorang pengedar surat khabar mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya di Kampung Baru Paroi, dipecah masuk penjenayah, awal pagi, semalam.

Lee Sey Moi, 58, bagaimanapun hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 7 pagi sebaik sahaja dia pulang ke rumah selepas mengambil surat khabar daripada pembekal.
Sey Moi yang tinggal berseorangan berkata, sebelum kejadian berlaku, dia tiada di rumah kerana keluar mengambil surat khabar daripada pembekal di sekitar Seremban kira-kira jam 4.15 pagi.

“Apabila saya sampai semula di rumah jam 7 pagi, saya terkejut melihat barang di dalam rumah berselerak.

“Saya kemudiannya terus masuk ke dalam rumah dan turut mendapati tiga tabung berisi wang syiling yang diletakkan di dalam bilik sebelum ini ditemui di ruang tamu. Apabila saya memeriksa tabung berkenaan, wang syiling bernilai RM2,000 lesap,” katanya.
Sey Moi berkata, melalui pemeriksaan dia turut mendapati dua keping cermin tingkap di dalam biliknya telah ditanggalkan manakala sebatang besi palang tingkap dalam keadaan bengkok.
“Barang-barang lain yang turut dilarikan adalah dua rantai leher, seutas gelang tangan, cincin, wang tunai RM1,000 dengan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM20,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook