6 Mac 2013
Mereka mendakwa telah berlaku aktiviti pengambilan hutan simpan secara berleluasa melibatkan Hutan Simpan Jeram Padang, Bahau; Hutan Lipur Gemas Selatan, Tampin dan Hutan Simpan Triang, Jelebu yang mula dikesan berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, T Kumar berkata, laporan itu dibuat berikutan sejak isu tersebut didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kepada umum serta membuat laporan polis, tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa.
“Kita mengesyaki kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di negeri ini mempunyai unsur rasuah kerana berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihak
Penyelidik Hutan dan Pencinta Alam, didapati wujud aktiviti penebangan secara haram,” katanya pada sidang media diadakan di SPRM di sini.
Sementara itu Pengarah Penyelidik Hutan dan Pencinta Alam Lim Teck Wyn berkata, berdasarkan beberapa kajian yang dilakukannya, mendapati Negeri
Sembilan antara negeri yang kawasan hutannya mengecil paling cepat.
Manakala Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, sejak 2008 pihaknya membangkitkan masalah itu kepada kerajaan negeri pada sidang Dun, namun tiada jawapan kukuh diberi.
0 Komen