Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Suspek kes penyamaran pegawai JKM dicekup

Dikirim oleh Warieh Isnin, 11 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
9 Mac 2013
Nyaris hangus dalam kereta
Hamzah (kiri) bersama Inspektor P Sivachandra menunjukkan sejumlah duit RM5600 yang berjaya ditemui 6 Mac lalu.
 
JEMPOL - Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40 hingga 50-an berjaya dicekup dipercayai terlibat dalam kes penipuan menggunakan modus operandi penyamaran sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 6 Mac lalu.

Suspek bagaimanapun ditahan sekitar 7 malam di sebuah stesen minyak di Bahau setelah pihak polis berjaya menjejak suspek menerusi nombor pendaftaran kereta yang digunakannya.

Ketua Polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, dengan tertangkapnya suspek, pihak polis percaya sembilan kes yang membabitkan modus operandi sama sekitar negeri ini berjaya diselesaikan.

Menurutnya, hasil siasatan pihak polis, suspek menyasarkan golongan warga emas yang tinggal bersendirian kemudian menawarkan perkhidmatan untuk mendapatkan bantuan kebajikan masyarakat namun bersyarat.

“Suspek akan mengarahkan mangsa menanggalkan barang kemas dan mengosongkan duit simpanan dalam akaun bank bagi membolehkan permohonan mangsa diluluskan.

“Setelah selesai proses tersebut, mangsa akan dibawa mengambil gambar berukuran pasport untuk dimasukkan ke dalam borang permohonan sebelum suspek terus menghilangkan diri sebaik tiba di kedai berkenaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, semalam.

Hamzah berkata, anggaran kerugian sembilan kes ini berjumlah lebih kurang RM80,000 di negeri ini yang membabitkan empat kes sama sekitar Jempol.

“Manakala siasatan secara menyeluruh masih dijalankan dan suspek kini ditahan reman sejak 7 Mac lepas sehingga 10 Mac ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan kes berlainan katanya, turut menafikan kewujudan pusat judi siber di daerah ini berikutan polis bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa membuat pantauan di 12 premis pusat internet sedia ada.

“Kita juga sentiasa memastikan semua premis ini mengikut syarat yang ditetapkan termasuklah konsep perniagaan pusat internet terbuka selain mempamerkan papan iklan jelas supaya masyarakat tidak keliru,” katanya.

Manakala hasil tinjauan Sinar Harian mendapati dakwaan yang terdapat lokasi bernama Bandar Baharu Bahau yang dikatakan mempunyai pusat judi siber adalah tidak wujud selain hanya ada nama Pekan Bahau.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook