Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Tolak DAP, undi BN di DUN Chennah - MB

Dikirim oleh Warieh Rabu, 6 Mac 2013


Mohamad Hasan (kanan) bersalaman dengan salah seorang warga emas dalam Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.
JELEBU 5 Mac - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dekat sini yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu akan dipertahankan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sambil meminta pengundi di kawasan itu menolak calon pembangkang yang juga Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook pada pilihan raya umum akan datang, Mohamad berkata, DAP adalah 'musuh' BN dan kehadiran calon itu di Chennah tidak diperlukan.
''Kita tahu dia (Siew Fook) telah mengumumkan akan bertanding di DUN Chennah ini. Dia tahu, pengaruhnya di DUN Lobak semakin merosot dan sebab itulah dia fikir boleh menang di Chennah ini.
''Saya minta semua pengundi di DUN Chennah ini memilih calon BN pada pilihan raya umum akan datang dan bersama-sama kita 'kebumikan' Siew Fook di Chennah ini," katanya dalam program Pemimpin Bersama Masyarakat di Dewan Orang Ramai Simpang Durian, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Datuk Siow Chen Pin; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Speaker DUN, Datuk Razak Mansor.
Mohamad turut menyelar pembangkang yang berceramah mengatakan mereka akan ambil alih kerajaan ini pada pilihan raya umum akan datang, termasuklah Pas yang menjanjikan sebuah kerajaan Islam di negeri ini.
''Pada pilihan raya ke-12 lalu, Pas hanya menang satu kerusi. Berapa banyak kerusi pula yang mereka akan tandingi pada pilihan raya akan datang. Itu pun kalau menang kesemuanya. Esok yang untung adalah DAP. Hendak tubuh negeri Islam apa," soal Mohamad.
Dalam ucapan itu juga, Mohamad mengulangi kejayaan transformasi kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta meminta rakyat menolak ideologi putar belit pembangkang yang dilihat semakin kalut ini.
''Untuk apa pembangkang dalam manifesto mereka menyebut jika menang hendak mengembalikan autonomi atau pemerintahan sendiri kepada Sabah. Apa tujuan mereka berkata demikian," katanya yang berpuas hati dengan persiapan BN di Jelebu ini.
Pada majlis itu, seramai 726 orang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan seramai 16 peserta pula menerima pengagihan saham ternakan udang di Kampung Sepri, Kuala Klawang.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook