Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


3 kain rentang bawa mesej provokasi

Dikirim oleh Warieh Khamis, 25 April 2013


Wartawan Sinar Harian
25 April 2013
3 kain rentang bawa mesej provokasi
Tiga kain rentang yang mampu menimbulkan provokasi antara PR dan juga pengundi dipasang di lebih empat lokasi, semalam.
 
TAMPIN - Bukan satu, tapi tiga kain rentang berbentuk provokasi. Pakatan Rakyat (PR) Tampin kesal dan kecewa apabila tiga jenis kain rentang dengan mesej berbeza berbentuk provokasi dipasang di lebih empat lokasi di daerah ini.

Kejadian yang hanya disedari sekitar jam 10 pagi, dekat sini, semalam menyebabkan PR diketuai calon DAP Dun Repah, S Veerapan sepakat membuat laporan di Balai Polis Tampin dan menghubungi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi langkah selanjutnya.

Menurutnya, baik pihak DAP, Pas mahupun PKR di Tampin, mereka tidak pernah mengeluarkan kain rentang seumpama itu yang hanya boleh 'membunuh' mereka sendiri kerana objektif kain rentang berkenaan adalah bagi menakutkan pengundi khususnya pengundi Cina dan Melayu.

“Mula-mula kita lihat kain rentang pertama, kenyataan baris pertama dan kedua yang menggunakan bahasa Melayu tiada mencurigakan. Bagaimanapun pada baris ketiga, iaitu Hak

Menggunakan kalimah ALLAH dan baris keempat iaitu Hak Kebebasan Semua Agama, sedangkan DAP tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.

“Ini yang kita kesalkan kerana ia mampu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi lebih-lebih lagi di kain rentang berkenaan tertera lambang parti PR dan bukan lambang parti lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dekat sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Majlis Tindakan (MTD) Pas Dun Repah, Rusli Idrus.

Untuk rekod, Sinar Harian semalam melaporkan Pesuruhjaya Pas negeri Melaka, Adly Zahari menyatakan sebanyak 15 kain rentang bertulisan bahasa Melayu, Cina dan Inggeris ditemui di Dun Bukit Baru dan tiga di Durian Tunggal.

Sementara itu, Veerapan berkata, di Tampin antara lokasi yang didapati terpapar logo berkenaan selain berhampiran pejabat pos ialah di tepi jalan utama, Kampung Baru Tampin dan Tampin Square.

“Kita harap selepas ini tiada lagi pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya memaparkan kain rentang berbentuk provokasi seperti ini dan menghormati satu sama lain sepanjang musim berkempen PRU13 ini," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook