25 April 2013
Bendera terbabit yang dipasang di beberapa sudut utama di hadapan pintu gerbang Taman College Height, Sikamat, di sini mengundang bahan ketawa penduduk setempat, seolah-olah BN merupakan parti komponen Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Cawangan Umno Taman Desa Kiara, Wahid Ahmad berkata, pihaknya kecewa apabila ada pihak sengaja melakukan perbuatan tersebut sehingga bendera BN diperlekehkan orang ramai.
“Saya pasti ada dalang di sebalik perbuatan ini. Saya sudah membuat laporan polis pagi tadi (semalam) dan serahkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Turut serta, Ketua Wanita Umno Taman Desa Kiara, Norida Adnan.
Wahid berkata, keadaan sebegini tidak boleh terjadi memandangkan setiap parti mempunyai jentera masing-masing untuk berkempen di kawasan tersendiri.
“Saya berharap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana ia merupakan satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan,” katanya.



0 Komen