Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Bayi hampir lemas dalam mangkuk tandas

Dikirim oleh Warieh Selasa, 16 April 2013


Wartawan Sinar Harian
16 April 2013
PORT DICKSON – Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan hampir lemas dalam mangkuk tandas awam di Pantai Telok Kemang, 3 petang semalam.

Bayi perempuan yang masih mempunyai tali pusat itu ditemui seorang pengguna tandas awam berkenaan yang curiga apabila mendengar bunyi tangisan bayi.

Difahamkan, pengguna tandas tersebut berada bersebelahan dengan tandas di mana bayi ditemui.

Ketika ditemui, bayi perempuan tersebut dianggarkan seberat hampir 2.8 kilogram dalam keadaan mukanya kebiruan dan meronta-ronta sambil menangis berikutan ditinggalkan dengan keadaan mukanya disiram air menggunakan saluran getah paip.

Menurut jurucakap polis, selepas itu, suami pengguna tandas tersebut segera memaklumkan kejadian itu kepada Pejabat Polis Pelancongan berhampiran kawasan tandas awam itu.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, penjaga tandas, Norfiah Norman, 46, berkata, semasa kejadian dia tidak mencurigai pelanggan yang masuk menggunakan tandas.

“Memanglah tadi (semalam) ada seorang perempuan muda keluar dari sini (tandas) dalam keadaan seluarnya ada darah.

“Akak cuma fikir dia bocor (kedatangan haid). Akak ada tegur dia tapi perempuan itu hanya toleh dan terus pergi,” katanya.

Katanya, wanita itu memakai kemeja-T berwarna merah jambu dan seluar jean warna biru.

“Dia berjalan seperti biasa dan tidak kelihatan seperti lepas bersalin tetapi lepas itu ada lagi seorang pengguna tandas keluar dan memberitahu dia jumpa bayi dalam tandas.
“Ini adalah pengalaman pertama jumpa bayi yang dibuang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Abd Wahab Harun berkata, kini bayi perempuan itu stabil dan dirawat di wad kanak-kanak Hospital Port Dickson.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Individu yang meninggalkan bayi berkenaan diminta tampil memberi keterangan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh segera menghubungi Balai Polis Port Dickson di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook