16 April 2013
Noorbi (kiri) berharap ada individu mengambil neneknya untuk mengundi.
Noorbi berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, neneknya tidak dapat mengundi disebabkan masalah kesihatan, namun tidak menolak untuk melaksanakan tanggungjawab itu pada 5 Mei ini sekiranya ada pihak yang membantu membawanya.
“Sudah banyak kali nenek tidak dapat tunaikan tanggungjawab mengundi, tetapi saya tahu dalam hati nenek, dia sememangnya ingin mengundi.
“Jika ada pihak yang dapat datang bantu saya untuk bawa nenek mengundi, saya amat senang hati dan hajat nenek untuk mengundi juga akan dapat ditunaikan,” katanya yang menetap di Kuarters Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) Kampung Seberang Batu Hampar, dekat sini.
Noorbi berkata, neneknya itu berasal dari Kampung Sungai Layang dan kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda kerana tidak mampu berdiri lama.
“Nenek tidak mengidap penyakit kronik sepertimana dialami warga emas lain tetapi keupayaan fizikal nenek semakin terbatas sesuai dengan usia nenek yang lebih daripada 100 tahun,” katanya.


0 Komen