Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Berkongsi satu rumah

Dikirim oleh Warieh Isnin, 8 April 2013


Wartawan Sinar Harian
8 April 2013
PALONG - Generasi kedua Felda Palong 4, 5, dan 6, di sini meminta pihak berkenaan melaksanakan segera projek perumahan generasi kedua di Felda Wilayah Raja Alias berikutan kepadatan penduduk.

Selain itu, mereka juga mendakwa terdapat beberapa kemudahan lain masih belum sempurna balai polis.

Anak peneroka, Faiz Abdullah, 41, berkata, disebabkan tiada rumah, ada keluarga peneroka terpaksa tinggal bersama anak-anak dan menantu mereka dalam satu rumah.

"Keadaan ini membuatkan keadaan rumah menjadi tidak selesa dan pelbagai masalah dalaman keluarga timbul,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Bagi peniaga, Norazman Ismail, 32, berkata, premis perniagaan di kawasan itu sering berhadapan dengan masalah kemudahan asas terutamanya bekalan air.

“Sukar juga untuk berniaga terutamanya yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman. Jadi kita harap permintaan ini dapat ditunaikan untuk keselesaan semua pihak,” katanya.

Sementara itu, anak peneroka, Mohd Nasri Bakar, 47, pula berkata, walaupun terdapat pondok polis di kawasan tersebut, namun sekiranya ada balai polis kampungnya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook