8 April 2013
Jorah Meon, 86, balu kepada bekas ketua kampung pertama Kampung Tapak sekitar tahun 70-an, Maarof Husin, menerima kunjungan kebajikan menerusi program Menyusur Akar Dun Juasseh.
Allahyarham Maarof dikatakan memegang jawatan ketua kampung paling lama di situ dan sudah menaburkan pelbagai jasa untuk penduduk kampung.
Menurut Jorah, suaminya meninggal dunia akibat sakit tua dan kini dia tinggal bersendirian.
"Saya ada lima anak. Masing-masing dah bekerja dan berkeluarga. Ada juga dia ajak saya tinggal sama tapi saya lebih selesa tinggal di rumah ini," katanya.
Menurutnya, walaupun tinggal sendirian, dia bernasib baik kerana anak-anak akan pulang menjenguknya setiap kali cuti.
Menceritakan pengalaman menjadi isteri sebagai ketua kampung, katanya, tiada beza seperti berbanding sekarang.
"Cuma dulu, kalau orang nak jumpa ketua kampung, kena datang rumah. Tapi sekarang tidak lagi, boleh jumpa di mana-mana.
"Waktu arwah masih hidup dulu, dia sentiasa sibuk uruskan masalah penduduk kampung tidak kira siang malam. Saya bangga arwah dapat lakukan tugas dengan baik," katanya ketika menerima kunjungan kakitangan Kemas bersama penyandang Adun Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, serta jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tapak.
0 Komen