28 April 2013
Zaharudin Othman
Zaharudin berkata, dakwaan berkenaan sengaja ditimbulkan sebagai strategi lawan kononnya calon Pas itu tidak mempunyai sokongan ahli sendiri.
"Saya menafikan dakwaan itu. Ini mainan psikologi pihak lawan sahaja. Kalau benar, sudah tentu markas Pas akan tutup dan petugas dilantik tidak melaksanakan kerja mereka. Tapi, semua markas masih dibuka tanpa kira masa, malah petugas memberi kerjasama baik.
“Ke mana sahaja saya pergi, semua petugas termasuk Muslimah Pas memberi sokongan jitu," katanya.
Menurutnya, Pas sentiasa bersedia hadapi rintangan sepanjang kempen bagi memastikan kerusi Dun Senaling jatuh ke tangan Pas.
Melihat kepada sokongan penduduk, beliau yakin Pas dapat melakukan kejutan merampas kerusi Dun Senaling dari Barisan Nasional (BN).
“Penerimaan pengundi terutama dari bangsa Cina, Melayu dan India meningkat berbanding PRU lalu," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Zaharudin pernah menjadi calon parti sama ketika Pilihan Raya Umum pada 2004 dan 2008, bagaimanapun tewas di tangan Datuk Ismail Lasim.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kempen, Zaharudin berkata, beliau memulakan kempen yang padat setiap hari dengan membaca al-Quran terlebih dulu.
“Saya mulakan hari selepas waktu subuh dengan mengambil masa setengah jam membaca al-Quran sebelum melakukan sebarang tugas setiap hari. Kemudian, saya akan menyusuri rumah ke rumah pengundi untuk bertanya khabar.
“Aktiviti itu dilaksanakan dari pagi hingga ke petang. Kemudian malam pula, saya akan mengadakan ceramah di unit peti undi bersama penduduk kampung," katanya.
Ketika ditanya cara beliau untuk mendekati pengundi baru, Zaharudin berkata, pelbagai strategi dilakukannya.
“Kita mendekati pengundi baru menerusi surat yang dihantar ke rumah-rumah, menghubungi mereka dan bertemu ketika mengadakan aktiviti ceramah.
“Rata-rata ditemui memberi reaksi positif. Malah, pengundi yang dulu tidak sokong Pas juga telah menerima kita dengan hati terbuka. Ini yang kita inginkan agar semua orang membuka mata dan hati menerima Pas," katanya.


0 Komen